Assalammualaikum/salam sejahtera semua…
Pertama sekali aku nak ucap selamat dtg ke Blog aku ni JOM KONGSI..!!
Harap korg semua enjoy dan like entry aku pada kali nie. So selamat membaca..!
Untuk second entry nie aku nak sgt kongsi dgn korang pendapat dan pandangan aku berkaitan dgn topik yg bagi aku sgt menarik utk dibincangkan. So kali ni aku nak buat perbandingan diantara NATURAL BEAUTY DAN FAKE BEAUTY atau dalam bahasa Melayu nyer kecantikan semulajadi dan kecantikan palsu. Ape yg aku nak bincgkan slps nie hanya sekadar pandangan, idea, dan juga pendapat aku sendiri. Jgn pulak ade mane2 pihak terasa tau.. orite..!!
Tapi kan sebelum tue aku nak kongsi sikit dgn korg semua dgn satu gambar ni yg aku jumpe minggu lepas. Mula2 tue agak terkejut dgn gambar ni tp lame2 aku percaya mmg gambar ni confirm 100% original. Bukan edited yer.. sebenarnyer itu baru gambar jer.. belum video lagi. Haa… yg ini lagi membuatkan aku terus percaya dgn gambar nie. Mana x nyer, aku cube la cari video2 yg berkaitan dgn topik aku ni last2 bermcm2 benda lain yg aku jumpe…!! Aku agak terkejut bila byk sgt video kat youtube berkaitan dgn make up tutorial dan pelbagai lg.. aku sempat play beberapa video tersebut… Criusly mmg sgt berbeza muke diaorg tue sebelum dan selepas ber make up.. fuyoooo…!! Mmg Cantik tuee…
Ok la aku tak perlu la nak citer byk2 kan.. ape kate JOM KONGSI terus gambar tu…!! Layaaannnn…!!
So skrg mcm mane?? korg terkejut?? kurang percaya?? Ragu2 dgn gambar diatas… ?? sebenarnyer aku pun fikir benda yg same jgk… Tiada benda yg mustahil kat dunia ni kan… nie bukan satu benda pelik. Cuba korg tgk expression muke wanita dalam gambar diatas… muka sebelum “bersiap” mmg mcm sedih jer.. mcm muke pasrah jer kan.. haha.. tapi lepas da make up haaa ambik ko..!! punyer la suke n Nampak sgt muke confident dia tue..!! Ala tomei2 yer…!! Hehe. Ape2 pun wanita ini harus dipuji kerana dia mampu kelihatan cantik dgn daya usaha dia sendiri. Yg paling penting kegigihan dia untuk berubah menjadi cantik kan… so skrg sememang nyer semua individu boleh kelihatan cantik dgn hanya bermodalkan alat solekan yg mantap dan teknik yg betul.
Ape yg bagus nyer ialah ia memberikan satu motivation kepada sesiape yg nak jadi dan nak improve diri tu untuk kelihatan cantik atau lebih cantik.. Tp persoalan nyer… adakah tindakan ini semcm membohongi/menipu diri sendiri?? Atau mungkin kecantikan ini hanya untuk mengaburi mata org ramai?? Dan apa yang menjadi tanda tanye yang besar adakah Natural Beauty itu lebih cantik atau Fake beauty itu lebih menarik dari segi pandangan org ramai??
So kat bwh nie aku nak kongsi pendapat aku sendiri tentang Fake beauty nie… mungkin korg pun ade pendapat masing2 kan.. dan aku pasti setiap org dari kite mampu untuk menghormati pendapat setiap individu kan… jadi Jom Kongsi..!!
- Individu yg dikatakan fake beauty ini sememang nyer cantik dan dapat menarik ramai org yg melihatnyer… Tp reality sebenarnyer hanya boleh dirasai oleh individu berkenaan sahaja. Dia saje yg tahu bahawa kecantikan yg dimiliki ini hanya sekadar sementara dan jgk untuk menutup segala kelemahan yg ada pada diri sendiri.
- Hal ini jgk sebenarnye memberikan salah satu psychology effect kepada individu tersebut. Mungkin dengan kecantikan yg di “reka” ini ia mampu menaikkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan org ramai.
- Bg aku juga individu ini mempunyai daya kreativiti yg agak tinggi. Ye la kan tidak semua org tahu untuk bersolek atau bergaya dengan secantik ini. Kecantikan luar biasa ini aku anggap cetusan idea dan kebolehan yg dipaparkan oleh individu yang berkenaan.
- Selain itu juga mereka ini boleh dianggap individu yang sangat gigih dan bersemangat demi untuk kelihatan cantik. Mane tidaknyer, nak bersiap jer da mengambil masa berjam2… ramai yg x sanggup tue dan beranggap ianyer sebagai sesuatu yang hanya membuang masa.
- Individu ini juga sanggup berhabis duit untuk menampung kos barang2 kecantikan yg dibeli. Dan anda jgn terkejut jika mereka sanggup untuk berhabis wang bukan saje beratus malahan ribuan ringgit demi untuk kelihatan cantik..!! amboi3x… byk tue...
- Golongan ini juga akan berasa bangga dan berpuas hati bila org ramai menegur dan memuji kecantikkan mereka. Bg aku siapa yg tak mahu kena puji kan… pasti semua org terasa diri nyer hebat bila dipuji2… betul x?
- Mereka juga akan menjadi bahan rujukan dan ikutan kepada org ramai. Contohnya la, kalau ditempat kerja tue individu ini kan menjadi pujian ramai, penyeri keadaan, tarikan org ramai, dan kwn2 ditempat kerja juga sering meminta pendapat mereka berkaitan dgn hal2 kecantikkan.
- Dan ini adalah pendapat aku yang terakhir, bagi aku setiap individu yang mempunyai atau memiliki fake beauty ini pasti akan berasa sedih dan rendah diri sekiranyer dia berhadapan dgn kecantikkan sebenarnyer. Bayangkan la selepas seharian kena puji ditempat keje contohnyer, tetibe lps balik rumah dan duduk sorg2 dpn cermin diaorg pasti akan mengeluh dan melepaskan rase sedih diaorg gara2 tidak lagi kelihatan secantik seperti setelah “bersiap”. Mungkinkah ini adalah salah satu pembohongan yg direka untuk diri sendiri??? Ermmm… mungkin juga.
Ok la, ape kate kite tukar topic ckit. Kali nie aku nak bagi sedikit tips bagaimana cara nyer kalau kite nak tgk seseorg tue natural beauty atau tak?? Jom Kongsi..!!
1.
- Bak kate org2 tua la kan.. sebagai contoh nak tgk seorg perempuan tu natural beauty ialah time dia bagun dari tido… mmg ade logic nyer sbb x kan diaorg tido dgn make up still melekat tebal kat muka kan… haha… so time bgn pg tue la kite boleh tgk si perempuan memiliki wajah yg semulajadi cantik ataupun sebenarnyer tidak.
- Care yg lain ialah bile kite tgk seseorg tue maintain jer kecantikan dia… bukan ape, org yg bermake up nie muke dia berubah ubah.. time pagi lain, tgh hari lain, petang pun lain. Haa… tue yg bahaya tue...
- Mereka yg natural beauty kebiasaan nye tidak gemar menghiaskan diri dgn heavy make up. Mereka lebih suka kelihan simple dan kemas. Ye la kan… org da natural beauty light2 jer da nampak manis, ayu, dan cantik. Tue yg kite cari x gituew.. hehe.. gurau.
- Selain itu juga golongan yg memiliki natural beauty nie biasanyer tidak obsess dgn cermin berbanding dgn mereka yg tidak memiliki kecantikan semulajadi.. org yg fake beauty nie mungkin mempunyai confident level yg rendah n sbb tue la diaorg kena ber make up dan selalu tgk wajah diaorg kat cermin… biar la ape org lain nak ckp.. asal kan diaorg puas hati n confident cantik.. kan…
Orite sebelum aku akhiri perkongsian aku nie… aku nak kongsi satu gambar nie.. mungkin korg kenal la artis ini. Ini lah Adira bekas pelajar Akademi Fantasia dan juga terkenal dgn lagu Ombak Rindu dia.. so ape kena mengena nyer kan?? Haha… saje aku nak kongsi pada korg semua yg Adira la salah satu contoh artis yg memiliki Kecantikan semulajadi ( Natural beauty). Tak perlu nak make up tebal2 tapi dia masih Nampak manis, cantik, dan cute..!! comelnyer Adira… (^.~).
Baiklah.. aku rase sampai disini saje yg terdaya aku kongsi dengan korg semua. Aku sgt berharap agar semua org dapat sedikit informasi berguna semasa membaca blog aku nie. Korg juga boleh berkongsi idea dan pendapat korg dgn memberi comment2 yg bernas di penghujung blog ni. So itu saje dari aku, TERIMA KASIH DAN JUMPE LAGI..!!
SEGALA KOMEN DAN PANDANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JOM KONGSI..!!
2 comments:
wow! its a gud topic n nice elaborations!
u got many time huh? gigih ni kan...
well done!
thanx izzkerr...
mungkin lps nie aku kena buat yg simple2 sbb supaya org senang nak baca kan... aku buat tgh malam.. sebelum tido.. mengarang n tulis kat words pastu baru publish kat blog.. tue yg sempat jer... sbb dr menghabis waktu 'refresh' Fb better aku mengarang kan.. :)
Post a Comment