....::FUTURE WEB::.....

FOR SHARING AND CARES

Monday 16 January 2012

PANDUAN BERCUKUR BAGI KAUM LELAKI

HAi.. HAi....!! ELLooowww2x~

Sebagaimana yang anda semua tahu entry kali ini adalah berkaitan tentang panduan bercukur dengan betul bagi kaum lelaki. Contoh tempat yang biasa dicukur ialah di bahagian muka iaitu misai, janggut, dan jambang. Amalan ini sangat penting dilakukan bagi setiap kaum lelaki bagi menjaga kebersihan dan penampilan diri. Namun begitu kebanyakkan mereka tidak mengetahui langkah-langkah ataupun paduan dan cara yang betul untuk bercukur. oleh yang demikian disini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara yang betul untuk bercukur bagi kaum lelaki. Semua idea yang dibawah adalah berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya sendiri. 

So apa tunggu lagi Jom Kongsi...!!

1.Membersih muka. 

Langkah pertama ini mungkin agak jarang dilakukan oleh semua tapi inilah cara yang terbaik sebelum bercukur.  Alasannya ialah ia dapat menghilangkan segala kekotoran yang ada dimuka seperti daki, minyak, dan sel mati. Ia juga bertujuan bagi memudahkan proses bercukur nanti.
   
2. Membilas dengan air suam. 

Penggunaan air suam untuk membilas dan membasuh muka adalah yang paling ideal untuk membuka ruang roma bulu yang ada dimuka dan seterusnya proses mencukur akan menjadi lebih mudah.
  
3. Bercukur di sinki+cermin. 

  • Tujuannya bagi memudahkan anda membasuh alat pencukur, muka, dan juga semasa proses mencukur.
  • Agar cukuran lebih kemas dan tepat.

4. Penggunaan Gel/krim/foam pencukur.
  
  • Ini adalah penting supaya kulit muka anda tidak tercedera dan luka semasa bercukur.       Ingat      kulit muka sangat sensitive dan lembut. Pisau pencukur mampu melukakan permukaan muka yang lembut ini. Penggunaan krim pencukur amat digalakkan.
  • Penggunaan krim pencukur juga dapat melembabkan permukaan kulit yang hendak dicukur    dan juga dapat melembutkan bulu.
  • Letakkan sedikit hujung tapak tangan dan sapukan dikawasan yang hendak dicukur. Pastikan anda meratakan sapuan krim tadi dengan keadaan circular(membulat).
  • Biarkan seketika.

     5. Alat Pencukur+Bercukur

  • Pilihlah alat pencukur yang bersesuaian. Terdapat pelbagai jenis alat pencukur yang              boleh didapati dipasaran.
  • Bersihkan alat pencukur dengan menggunakan air paip. Hilangkan segala bulu dam      kotoran     yang ada dimata pisau pencukur. 
  • Tukar mata alat pencukur jika perlu. 


Dibawah ini adalah langkah-langkah yang betul untuk bercukur:



Mulakan cukuran dari sebelah atas tepi pipi. Cukuran haruslah kebawah dan dibawah ketengah.



Lakukan langkah yang sama disebelah yang bertentangan.




Cukur bahagian yang selebihnya. Gunakan hujung jari anda untuk menekan sedikit permukaan bawah pipi agar permukaan disekitarnya menjadi lebih tegang dan mudah untuk anda bercukur.



Bilas Pencukur. Ingat, lebih kerap anda membilas pencukur lebih baik hasil cukuran anda..!!



Cukur dibahagian bawah dagu dengan gerakan kebawah.



Cukuran seterusnya dengan gerakan keatas. Lakukan langkah ini sehingga semua bulu dibahagian bawah dagu dan diantara leher dicukur bersih.



Cukur dibahagian dagu dan atas dagu dengan gerakan kebawah. Jagan lupa untuk membilas alat pencukur anda...!!



Cukur misai anda dengan gerakan kebawah. Rapatkan sedikit mulut bagi memberikan kesan teganggan dikawasan tesebut.



Bagi bahagian sisi pula, letak mata aras alat pencukur anda ditempat yang dikehendaki dan cukur dengan gerakan kebawah. Lakukan langkah yang sama di bahagian sebelah yang bertentangan.

 
Bilas muka anda dengan air sejuk/paip. Tujuannya bagi menutup pori-pori kulit muka yang terbuka dan juga memberikan anda kesegaran. Tekap perlahan-lahan muka anda dengan tuala yang kering.



Dan akhirnya inilah hasilnya...!! anda akan tersenyum lebar melihat muka anda yang bersih dan kacak...!! :)


SEGALA KOMEN DAN PANDANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JOM KONGSI..!!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management