Adakah anda seorang perokok?? Adakah anda mempunyai keinginan untuk merokok?? Jika YA jawapan yang anda berikan ini bermaksud anda telah bersetuju untuk mengalami kitaran hidup seperti di bawah ini..!! percaya atau tidak jika saya katakan bahawa penghujung kepada kitaran hidup anda bukan sesuatu yang ceria, gembira, suka, dan indah... Anda sudah bersedia untuk melihat sendiri kitaran tersebut?? Jom Kongsi...!!
1. kisah hidup anda bermula dengan perkenalan dengan dua sahabat karib ini... Mereka seperti menjadi peneman hidup anda tidak kira waktu anda susah mahupun senang.
2. Anda juga akan selalu tersenyum ketika bersama mereka. Segala permasalahan menjadi mudah dan duka bertukar suka. Gelak, ketawa dan serasi bersama.
3. keluarga, masyarakat, kerjaya seperti tiada kepentingan lagi. Anda sanggup berbelanja besar dan menyara kehidupan teman baik anda ini... Kepentingan utama anda sekarang hanya lah kepada mereka yang digelar penaman setia hidup anda.
4. Sedang asyik anda melayan dan ''melayang'' terbang ke awan yg biru bersama sahabat tercinta ini... Dengan tiba-tiba anda dipanah oleh malapetaka yang sungguh dahsyat..!! Jantung anda seperti terhenti...!! nafas anda seolah-olah lemas...!!
5. Tanpa tidak sedar anda masih meneruskan persahabatan itu lagi... Mungkin ada tidak nampak.. Mungkin juga anda kabur dgn gumpulan-gumpulan asap cinta dan sayang yang dihembus oleh sahabat karib anda itu. Namun selepas satu ketika... Mata anda yang kabur itu tiba-tiba menjadi seakan terang, jelas, dan terbeliak melihat sesuatu yang aneh menimpa anda...!! Anda menangis kesedihan... Dulu anda KUAT tapi sekarang anda LEMBIK seperti tidak bermaya lagi.
6. Tolong aku...!! Tolong lah Aku...!! anda menjerit sekuat mungkin...
7. Namun sayang seribu kali sayang... jeritan anda itu tidak lagi didengari oleh sesiapa... Mana pergi nya sahabat baik anda itu?? Bukan kah mereka berjanji untuk hidup semati dengan anda??!! Anda terus menangis dengan hati yang pilu. Anda terbaring mengharap~
8. Tanpa tidak disedari, hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Sahabat anda hilang "dibakar" masa. Hidup anda sudah tidak bermakna lagi. Kitaran hidup anda sekarang berada dipenghujungnya. Dan akhirnya, NYAWA ANDA KINI TERAPUNG-APUNG DIBUNUH OLEH DIRI ANDA SENDIRI..!!
Sekian. Sampai disini saja lah kitaran hidup anda jika anda seorang perokok..!! Jika anda berhajat untuk menjadi perokok maka fikir-fikir dan renung - renungkan lah... Anda masih belum terlambat untuk mengubahnya. Berfikirlah dengan waras dan matang. Jadikan lah kitaran hidup anda sesuatu yang indah dan bermakna.
untuk pengetahuan semua, saya juga adalah salah seorang bekas perokok. Saya mengetahui dan memahami apa yang dilalui orang mereka yang merokok. Sememang nya sukar untuk berhenti dari tabiat buruk ini namun orang disekeliling terutamanya masyarakat haruslah memainkan peranan yang baik bagi mendorong mereka yang ketagihan rokok ini untuk berhenti merokok. Kesedaran diri sendiri juga perlu. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur baru anda sedar untuk berhenti. BERHENTILAH SECEPAT YANG MUNGKIN kerana kitaran hidup anda sebagai seorang perokok akan terus menghitung anda..!!
Kepada masyarakat, saya tahu sememangnya anda akan berasa teguran yang berkali-kali itu seperti tidak membuahkan hasil.. namun percayalah dengan berkat doa dan nasihat anda semua pasti mereka yang di gelar perokok ini akan berhenti merokok suatu hari nanti. InsyAllah...
Saya juga ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Keluarga dan rakan-rakan yang telah menegur, menasihati dan mendoakan saya supaya saya behenti merokok. Kini kehidupan saya semakin bermakna, sihat, ceria dan selalu kearah yang positif..!! TERIMA KASIH SEMUA..!!
JADI ANDA BILA LAGI...???!!
SEGALA KOMEN DAN PANDANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JOM KONGSI..!!