....::FUTURE WEB::.....

FOR SHARING AND CARES

Tuesday, 27 December 2011

KISAH PILU DAN KITARAN HIDUP SI PEROKOK


Adakah anda seorang perokok?? Adakah anda mempunyai keinginan untuk merokok?? Jika YA jawapan yang anda berikan ini bermaksud anda telah bersetuju untuk mengalami kitaran hidup seperti di bawah ini..!! percaya atau tidak jika saya katakan bahawa penghujung kepada kitaran hidup anda bukan sesuatu yang ceria, gembira, suka, dan indah... Anda sudah bersedia untuk melihat sendiri kitaran tersebut?? Jom Kongsi...!!


1. kisah hidup anda bermula dengan perkenalan dengan dua sahabat karib ini... Mereka seperti menjadi peneman hidup anda tidak kira waktu anda susah mahupun senang.




2.  Anda juga akan selalu tersenyum ketika bersama mereka. Segala permasalahan menjadi mudah dan duka bertukar suka. Gelak, ketawa dan serasi bersama. 



3. keluarga, masyarakat, kerjaya seperti tiada kepentingan lagi. Anda sanggup berbelanja besar dan menyara kehidupan teman baik anda ini... Kepentingan utama anda sekarang hanya lah kepada mereka yang digelar penaman setia hidup anda.





4. Sedang asyik anda melayan dan ''melayang'' terbang ke awan yg biru bersama sahabat tercinta ini... Dengan tiba-tiba anda dipanah oleh malapetaka yang sungguh dahsyat..!! Jantung anda seperti terhenti...!! nafas anda seolah-olah lemas...!! 






5. Tanpa tidak sedar anda masih meneruskan persahabatan itu lagi... Mungkin ada tidak nampak.. Mungkin juga anda kabur dgn gumpulan-gumpulan asap cinta dan sayang yang dihembus oleh sahabat karib anda itu. Namun selepas satu ketika... Mata anda yang kabur itu tiba-tiba menjadi seakan terang, jelas, dan terbeliak melihat sesuatu yang aneh menimpa anda...!! Anda menangis kesedihan... Dulu anda KUAT tapi sekarang anda LEMBIK seperti tidak bermaya lagi.


  6. Tolong aku...!! Tolong lah Aku...!! anda menjerit sekuat mungkin... 





7. Namun sayang seribu kali sayang... jeritan anda itu tidak lagi didengari oleh sesiapa... Mana pergi nya sahabat baik anda itu?? Bukan kah mereka berjanji untuk hidup semati dengan anda??!! Anda terus menangis dengan hati yang pilu. Anda terbaring mengharap~





8. Tanpa tidak disedari, hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Sahabat anda hilang "dibakar" masa. Hidup anda sudah tidak bermakna lagi. Kitaran hidup anda sekarang berada dipenghujungnya. Dan akhirnya, NYAWA ANDA KINI TERAPUNG-APUNG DIBUNUH OLEH DIRI ANDA SENDIRI..!!



Sekian. Sampai disini saja lah kitaran hidup anda jika anda seorang perokok..!! Jika anda berhajat untuk menjadi perokok maka fikir-fikir dan renung - renungkan lah... Anda masih belum terlambat untuk mengubahnya. Berfikirlah dengan waras dan matang. Jadikan lah kitaran hidup anda sesuatu yang indah dan bermakna. 

untuk pengetahuan semua, saya juga adalah salah seorang bekas perokok. Saya mengetahui dan memahami apa yang dilalui orang mereka yang merokok. Sememang nya sukar untuk berhenti dari tabiat buruk ini namun orang disekeliling terutamanya masyarakat haruslah memainkan peranan yang baik bagi mendorong mereka yang ketagihan rokok ini untuk berhenti merokok. Kesedaran diri sendiri juga perlu. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur baru anda sedar untuk berhenti. BERHENTILAH SECEPAT YANG MUNGKIN kerana kitaran hidup anda sebagai seorang perokok akan terus menghitung anda..!!

Kepada masyarakat, saya tahu sememangnya anda akan berasa teguran yang berkali-kali itu seperti tidak membuahkan hasil.. namun percayalah dengan berkat doa dan nasihat anda semua pasti mereka yang di gelar perokok ini akan berhenti merokok suatu hari nanti. InsyAllah...

Saya juga ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Keluarga dan rakan-rakan yang telah menegur, menasihati dan mendoakan saya supaya saya behenti merokok. Kini kehidupan saya semakin bermakna, sihat, ceria dan selalu kearah yang positif..!! TERIMA KASIH SEMUA..!!

JADI ANDA BILA LAGI...???!!

SEGALA KOMEN DAN PANDANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JOM KONGSI..!!

Sunday, 25 December 2011

ADAKAH PRETTY BOY KEGILAAN WANITA MASA KINI..??

Jika didefinisikan istilah Pretty Boy ini sebenarnya  ianya  di maksudkan dengan lelaki yang mempunyai wajah yang good looking atau pun kacak. Namun begitu istilah pretty boy yg difahami oleh orang ramai ialah lelaki yang cute dan ade juga yang melihat mereka ni sebagai lelaki yang cun. Istilah remaja-remaja sekarang pulak ialah sebagai lelaki “JAMBU”. Kenapa jambu pulak?? Haaa… cube korg tgk jambu air.. kan kulitnyer licin pastu warna pink pulak tuee..!! comel jer jambu tue kan.. makan pun sedap la.. haha… tp mmg betul analogi yang masyarakat kite berikan dan ade juga kebenarannya. Betul x??

Ada pendapat juga mengatakan pretty boy ini biasanye dari golongan Metrosexual dan urbansexual. Pada mereka yang tidak tahu maksud sebenar metrosexual/urbansexual ni anda boleh la search kat google jer… haha.. gurau. Sebenarnye metrosexual/urbansexual ialah golongan lelaki yang mementingkan keterampilan, status, kekemasan, ketelitian, dan juga kesempurnaan. Kiranya diaorg nie x selekeh and always look smart la. Contoh terbaik lelaki metrosexual/urbansexual diabad ini ialah permain bola kesukaan ramai David Beckham.



Jika dibandingkan situasi ini di Malaysia pula rata-rata wanita dinegara ini mungkin tidak ramai lagi yang mengemari lelaki yg dikatakan pretty boy ini. Mungkin penerimaan atau pengaruh tersebut masih belum kuat lagi. Sememangnya fenomena Kpop sedang hangat melanda negara ini tapi mungkin juga gelora dan ombak cinta diaorg terhadapat jejaka-jejaka yang lebih macho dan "jantan’’ dikira masih belum lagi terhakis. Mungkin jugalah ciri-ciri lelaki yg diaorg gemari adalah seperti dalam gambar dibawah ini. Waahh… patut la aku guna ayat ombak rindu kan… sbb ade Aron Aziz n Maya Karin rupenyer… hehehe… so Jom Layan gambar ni..!






Berbalik pada topik kita pretty boy ni.. tahukah anda bahawa pretty boy atau lelaki “jambu” ini amat digilai oleh wanita-wanita di Korea dan Jepun. Tidak percaya?? Ini buktinya… Lihat sahaja la artis-artis korea dan jepun.. boleh dikatakan semuanya adalah dari golongan ini. Mereka digilai bukan saja kerana music mahupun lakonannya tetapi golongan wanita seperti tergila-gila dan obsess dgn mereka yg digelar pretty boy. Pengaruh pretty boy jgk amat besar disana sehingga remaja lelaki pada zaman ini lebih terikut-ikut dgn cara, penampilan, dan perwatakan mereka.

Di bawah ini ialah sebahagian contoh lelaki yang dikatakan Pretty Boy.. Mana tahu kan ada kat bawah nie cirri-ciri calon suami korg ker.. menantu ker.. haha.. so ape lagi Jom Kongsi..!!











Namun persoalan nyer… adakah mereka yang digelar pretty boy ini disukai atau boleh diterima oleh wanita-wanita di Malaysia?? Atau nak senang citer, adakah kaum wanita dinegara kita masih terpikat dgn jejaka-jejaka pretty boy ini?? Ermmm…. So apa pendapat anda?? Setiap org pasti ade pandangan yang berbeza.. so ape lagi JOM KONGSI..!!

SEGALA KOMEN DAN PANDANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JOM KONGSI..!!




Friday, 23 December 2011

NATURAL BEAUTY VS FAKE BEAUTY

Assalammualaikum/salam sejahtera semua…

Pertama sekali aku nak ucap selamat dtg ke Blog aku ni JOM KONGSI..!! 
Harap korg semua enjoy dan like entry aku pada kali nie. So selamat membaca..!

Untuk second entry nie aku nak sgt kongsi dgn korang pendapat dan pandangan aku berkaitan dgn topik yg bagi aku sgt menarik utk dibincangkan. So kali ni aku nak buat perbandingan diantara NATURAL BEAUTY DAN FAKE BEAUTY atau dalam bahasa Melayu nyer kecantikan semulajadi dan kecantikan palsu. Ape yg aku nak bincgkan slps nie hanya sekadar pandangan, idea, dan juga pendapat aku sendiri. Jgn pulak ade mane2 pihak terasa tau.. orite..!!


Tapi kan sebelum tue aku nak kongsi sikit dgn korg semua dgn satu gambar ni yg aku jumpe minggu lepas. Mula2 tue agak terkejut dgn gambar ni tp lame2 aku percaya mmg gambar ni confirm 100% original. Bukan edited yer.. sebenarnyer itu baru gambar jer.. belum video lagi. Haa… yg ini lagi membuatkan aku terus percaya dgn gambar nie. Mana x nyer, aku cube la cari video2 yg berkaitan dgn topik aku ni last2 bermcm2 benda lain yg aku jumpe…!!  Aku agak terkejut bila byk sgt video kat youtube berkaitan dgn make up tutorial dan pelbagai lg.. aku sempat play beberapa video tersebut… Criusly mmg sgt berbeza muke diaorg tue sebelum dan selepas ber make up.. fuyoooo…!! Mmg Cantik tuee…  

Ok la aku tak perlu la nak citer byk2 kan.. ape kate JOM KONGSI terus gambar tu…!! Layaaannnn…!!



So skrg mcm mane?? korg terkejut?? kurang percaya?? Ragu2 dgn gambar diatas… ?? sebenarnyer aku pun fikir benda yg same jgk… Tiada benda yg mustahil kat dunia ni kan… nie bukan satu benda pelik. Cuba korg tgk expression muke wanita dalam gambar diatas… muka sebelum “bersiap” mmg mcm sedih jer.. mcm muke pasrah jer kan.. haha.. tapi lepas da make up haaa ambik ko..!! punyer la suke n Nampak sgt muke confident dia tue..!! Ala tomei2 yer…!! Hehe. Ape2 pun wanita ini harus dipuji kerana dia mampu kelihatan cantik dgn daya usaha dia sendiri. Yg paling penting kegigihan dia untuk berubah menjadi cantik kan… so skrg sememang nyer semua individu boleh kelihatan cantik dgn hanya bermodalkan alat solekan yg mantap dan teknik yg betul.

Ape yg bagus nyer ialah ia memberikan satu motivation kepada sesiape yg nak jadi dan nak improve diri tu untuk kelihatan cantik atau lebih cantik.. Tp persoalan nyer… adakah tindakan ini semcm membohongi/menipu diri sendiri?? Atau mungkin kecantikan ini hanya untuk mengaburi mata org ramai?? Dan apa yang menjadi tanda tanye yang besar adakah Natural Beauty itu lebih cantik atau Fake beauty itu lebih menarik dari segi pandangan org ramai??

So kat bwh nie aku nak kongsi  pendapat aku sendiri tentang Fake beauty nie… mungkin korg pun ade pendapat masing2 kan.. dan aku pasti setiap org dari kite mampu untuk menghormati pendapat setiap individu kan… jadi Jom Kongsi..!! 

  1.  Individu yg dikatakan fake beauty ini sememang nyer cantik dan dapat menarik ramai org yg melihatnyer… Tp reality sebenarnyer hanya boleh dirasai oleh individu berkenaan sahaja. Dia saje yg tahu bahawa kecantikan yg dimiliki ini hanya sekadar sementara dan jgk untuk menutup segala kelemahan yg ada pada diri sendiri.
  2. Hal ini jgk sebenarnye memberikan salah satu psychology effect kepada individu tersebut. Mungkin dengan kecantikan yg di “reka” ini ia mampu menaikkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan org ramai.
  3. Bg aku juga individu ini mempunyai daya kreativiti yg agak tinggi. Ye la kan tidak semua org tahu untuk bersolek atau bergaya dengan secantik ini. Kecantikan luar biasa ini aku anggap cetusan idea dan kebolehan yg dipaparkan oleh individu yang berkenaan.
  4. Selain itu juga mereka ini boleh dianggap individu yang sangat gigih dan bersemangat demi untuk kelihatan cantik. Mane tidaknyer, nak bersiap jer da mengambil masa berjam2… ramai yg x sanggup tue dan beranggap ianyer sebagai sesuatu yang hanya membuang masa. 
  5. Individu ini juga sanggup berhabis duit untuk menampung kos barang2 kecantikan yg dibeli. Dan anda jgn terkejut jika mereka sanggup untuk berhabis wang bukan saje beratus malahan ribuan ringgit demi untuk kelihatan cantik..!! amboi3x… byk tue...
  6. Golongan ini juga akan berasa bangga dan berpuas hati bila org ramai menegur dan memuji kecantikkan mereka. Bg aku siapa yg tak mahu kena puji kan… pasti semua org terasa diri nyer hebat bila dipuji2… betul x? 
  7. Mereka juga akan menjadi bahan rujukan dan ikutan kepada org ramai. Contohnya la, kalau ditempat kerja tue individu ini kan menjadi pujian ramai, penyeri keadaan, tarikan org ramai, dan kwn2 ditempat kerja juga sering meminta pendapat mereka berkaitan dgn hal2 kecantikkan. 
  8. Dan ini adalah pendapat aku yang terakhir, bagi aku setiap individu yang mempunyai atau memiliki fake beauty ini pasti akan berasa sedih dan rendah diri sekiranyer dia berhadapan dgn kecantikkan sebenarnyer. Bayangkan la selepas seharian kena puji ditempat keje contohnyer, tetibe lps balik rumah dan duduk sorg2 dpn cermin diaorg pasti akan mengeluh dan melepaskan rase sedih diaorg gara2 tidak lagi kelihatan secantik seperti setelah “bersiap”. Mungkinkah ini adalah salah satu pembohongan yg direka untuk diri sendiri??? Ermmm… mungkin juga.
Ok la, ape kate kite tukar topic ckit. Kali nie aku nak bagi sedikit tips bagaimana cara nyer kalau kite nak tgk seseorg tue natural beauty atau tak?? Jom Kongsi..!!
1.   
  1. Bak kate org2 tua la kan.. sebagai contoh nak tgk seorg perempuan tu natural beauty ialah time dia bagun dari tido… mmg ade logic nyer sbb x kan diaorg tido dgn make up still melekat tebal kat muka kan… haha… so time bgn pg tue la kite boleh tgk si perempuan memiliki wajah yg semulajadi cantik ataupun sebenarnyer tidak.
  2. Care yg lain ialah bile kite tgk seseorg tue maintain jer kecantikan dia… bukan ape, org yg bermake up nie muke dia berubah ubah.. time pagi lain, tgh hari lain, petang pun lain. Haa… tue yg bahaya tue...
  3.  Mereka yg natural beauty kebiasaan nye tidak gemar menghiaskan diri dgn heavy make up. Mereka lebih suka kelihan simple dan kemas. Ye la kan… org da natural beauty light2 jer da nampak manis, ayu, dan cantik. Tue yg kite cari x gituew.. hehe.. gurau. 
  4. Selain itu juga golongan yg memiliki natural beauty nie biasanyer tidak obsess dgn cermin berbanding dgn mereka yg tidak memiliki kecantikan semulajadi.. org yg fake beauty nie mungkin mempunyai confident level yg rendah n sbb tue la diaorg kena ber make up dan selalu tgk wajah diaorg kat cermin… biar la ape org lain nak ckp.. asal kan diaorg puas hati n confident cantik.. kan…
Orite sebelum aku akhiri perkongsian aku nie… aku nak kongsi satu gambar nie.. mungkin korg kenal la artis ini. Ini lah Adira bekas pelajar Akademi Fantasia dan juga terkenal dgn lagu Ombak Rindu dia.. so ape kena mengena nyer kan?? Haha… saje aku nak kongsi pada korg semua yg Adira la salah satu contoh artis yg memiliki Kecantikan semulajadi ( Natural beauty). Tak perlu nak make up tebal2 tapi dia masih Nampak manis, cantik, dan cute..!! comelnyer Adira… (^.~).



Baiklah.. aku rase sampai disini saje yg terdaya aku kongsi dengan korg semua. Aku sgt berharap agar semua org dapat sedikit informasi berguna semasa membaca blog aku nie. Korg juga boleh berkongsi idea dan pendapat korg dgn memberi comment2 yg bernas di penghujung blog ni. So itu saje dari aku, TERIMA KASIH DAN JUMPE LAGI..!!

SEGALA KOMEN DAN PANDANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JOM KONGSI..!!

HOBI CUTE DGN KOS RENDAH

Hello semua..!! orite guys actually this is my first time la kan nak buat blog. So first of all I would like to say welcome to my Blog: JOM KONGSI...!!

Harap semua enjoy dan dapat manfaat yg baik dari blog aku nie. Ape2 comment yg bernas korg boleh la share sekali. Bak kate org Sharing is Caring kan…


So untuk entry yg pertama ni.. aku nak kongsi sikit mcm ner korang boleh mulakan hobi nak bela haiwan peliharaan yg agak mudah, jimat kos, dan yg paling penting dapat ilang kan stress korg semua.. Yg menariknyer aku nak kongsi mcm ner nak bela arnab dgn BAJET HANYA RM100 jer… ermm… suker??!! Hehe… nak tahu… so ape lagi Jom Kongsi…!!!


Ok first korg kena tahu nak bela arnab baka ape. Sbb kat pasaran ade mcm2 jenis baka. Harga mmg depend on baka la kan… lagi unique lagi mahal  arnab tue n confirm la makin cute…. Harga arnab mmg mahal kalau beli kat pet shop.. aku sarankan korg beli direct dekat penternak arnab. Mmg berbeza sgt harga yg dia bg compare dgn pet shop. Contoh mcm arnab kat bwh nie.. jenis lion head. Kat kedai harga RM60-RM80.. tp kalau kat penternak korg boleh dapat dgn harga RM20 jer.. percaya x??!! percaya la… berbaloi kan.. mmg berbaloi..!! 

SO LETS CHECK IT OUT....!!


Harga arnab (direct dari penternak): 2 ekor RM40
 
Pastu korg kena la concern pasal makanan, minuman, and also rumah dia tue… kiranyer sangkar dia la. Ingat, compare harga dulu sebelum nak beli semua brg2 nie dekat pet shop. JGN TERTIPU…!!! Phm2 jer la org berniaga… :P 



sangkar/cage: RM40


Bekas makanan: RM5


Nipple drinker: RM5


Pellet makanan: RM10 (1KG)

So korg da tgk kan harga yg terpapar kat setiap gambar tue.. cube korg TOTAL kan.. tak ker semua tue hanya RM100 jer…!! Murah tue.. cube la korg tanye dkt mereka yg stay kat area2 bandar… kompem x dapat harga nie.. bg aku harga nie dikira masih under bajet dan mmg affordable. Kalau korang tinggal di Apartment atau rumah taman, hobi ini mmg sgt sesuai dgn korang sbb penjagaan arnab dgn cara ini tidak memerlukan ruang yg terlalu luas.. dan yang pasti hobi ini adalah salah satu terapi yg baik untuk menghilangkan stress...!!!

Kat bawah nie ade sedikit extra tips yg korg WAJIB baca:

  • Sebelum korg nak mulakan hobi yg mulia nie.. hehe… ape kate korg rajin2 kan diri tue utk cari info berkaitan dgn penjagaan arnab dan cara pengurusannye. Taip jer at Google tue, confirm kuar semua details. So korg x la nanti kelang kabut kan…  
  • Pastikan tempat/kawasan utk membela arnab nie jauh dari haiwan pemangsa seperti kucing, ular, dan anjing liar.
  • Minta la pendapat dan nasihat dr org yg lebih pakar dalam hobi nie supaya korg lebih yakin nak start hobi yg cute nie.
  • Jgn membazir ketika membeli peralatan2 keperluan utk arnab korg tue. Compare harga dulu. Pastu korg cube la tawar menawar harga brg2 tue kan… tak cube mane nak tahu… betul x??
  • Pastikan juga brg2 keperluan yg dibeli berkualiti. Baru puas hati..

So itu saje yg mampu aku kongsi. Harap korg berpuas hati dgn sedikit idea yg aku kongsi td dan aku nak ucapkan all the best pd mereka yg berminat dan akan mula kan hobi nie.. Enjoy..!! So TQ semua..!!

SEGALA KOMEN DAN PANDANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JOM KONGSI..!!


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management